"Sejarah mengajar kita, menjadi lebih dewasa..."
Sesi pengajian 2015 sudah seminggu bermula ( setelah ditangguhkan pada 05 Januari sehingga 09 Januari 2015). Maka, bermulalah secara rasmi rutin hari persekolahan kita sekali lagi.
Bagi pelajar-pelajar tingkatan enam di SMK.Majakir, penggal kedua ini memberi ruang kepada mereka untuk melangkah dan meneroka pengetahuan dan kemahiran baru. Penggal ini mereka akan mula terlibat dengan kerja-kerja penyelidikan yang juga disebut sebagai KERJA KURSUS (KK).
Sebagai guru akademik subjek sejarah, cabaran kerja kursus (KK) sudah bermula pada minggu lepas apabila saya perlu menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Rubrik Pemarkahan KK Sejarah (940/4) peringkat negeri selama dua hari di Kota Kinabalu. Banyak input dan info yang dikutip sepanjang berkampung di Bilik Mesyuarat yang agak sempit di Federal House. Tapi, itu lumrah yang ditempuh setiap tahun. Syukur alhamdulillah kerana masih berpeluang menimba dan berkongsi ilmu.
Apa sebenarnya Kerja Kursus Sejarah ?
Kerja Kursus Sejarah STPM ini memerlukan pelajar menjalankan penyelidikan sejarah berdasarkan tajuk pilihan mereka (tema ditentukan oleh MPM) sendiri dan pada akhirnya mereka akan dikehendaki membentangkan esei ilmiah mereka. KK Sejarah ini dilaksanakan dengan tujuan menilai keupayaan pelajar meperoleh kemahiran mengumpul, memilih, menilai, dan menafsir sumber sebagai bahan bukti sejarah. KK juga bertujuan mengembangkan kemahiran insaniah, menganalisis dan merumuskan fakta sejarah secara kritis dan rasional. Pada masa yang sama diharapkan pelajar akan dapat menghayati kepentingan peristiwa, tokoh, isu, dan perubahan dalam masyarakat. Esei ilmiah yang berstruktur ini perlu ditulis sekitar 2500-3000 patah perkataan, menggunakan font 'Times Roman', saiz font 12 dan menggunakan jarak dua baris. Lebih kurang 15 hingga 17 muka surat tanpa mengambilkira lampiran. Agak banyak juga kan?
Tempoh masa menyediakan KK Sejarah daripada bulan Januari hingga bulan Mac dan membentangkan hasil KK pada bulan April. Pembentangan hasil kajian akan dilaksanakan selama sepuluh hingga lima belas minit bagi setiap pelajar termasuklah sesi soal jawab. Pelajar perlu menggunakan alat bantu yang sesuai semasa pembentangan. Pelajar mestilah juga menulis esei ilmiah sendiri tanpa meniru, menyalin atau menciplak esei daripada mana-mana sumber. Andainya didapati ada unsur plagiat, maka esei berkenaan akan diberi 0 markah.
Kalau dilihat sepintas lalu, agak merisaukan juga penulisan esei ilmiah ini kerana pelajar perlu menghantar proposal penyelidikan yang dilengkapkan dengan sorotan kajian lalu sebelum boleh memulakan kajian. BAGAIMANAPUN, semua langkah penyediaan KK termasuklah penyelidikan, penulisan dan pembentangan kajian akan dibimbingselia oleh guru sejarah masing-masing. Maka KK Sejarah ini akhirnya tidaklah menjadi suatu tugasan yang amat sukar. Apa yang penting ialah kesungguhan dan komitmen pelajar dalam melaksanakan KK ini. Pengurusan masa juga amat penting kerana tempoh masa pelaksanaan KK yang amat terhad di samping keperluan persediaan menduduki peperiksaan bertulis untuk penggal kedua pula.
pesanan penaja : sentiasalah bertindak pantas dan berhubung selalu dengan rakan dan guru-guru pembimbing anda. Nadi kerja Kursus adalah Manual KK yang mesti anda miliki, hayati dan patuhi. JANGAN bertangguh dan berdalih, kelak anda yang akan terbeban sendiri. Kerja Kursus ini wajib dibuat dan sekiranya pelajar tidak membuatnya maka kegagalan kertas sejarah itu sudah pasti! Faham kan? KK ini kerja yang amat penting dan serius jika ingin mendapat kelulusan yang baik dalam peperiksaan STPM.
Berikut saya sertakan cadangan carta Gantt Penyediaan KK Sejarah untuk pelajar pra-U SMK.Majakir :
Berikut saya sertakan cadangan carta Gantt Penyediaan KK Sejarah untuk pelajar pra-U SMK.Majakir :
CARTA
GANTT PENYEDIAAN KERJA KURSUS SEJARAH STPM (940/4) TAHUN 2015
BIL
|
TEMPOH
|
PERKARA
|
TINDAKAN GURU
|
TINDAKAN CALON
|
JAN
|
FEB
|
MAC
|
APRIL
|
MEI
|
JUN
|
JUL-OKT
|
1
|
12
Jan – 23 Jan
|
Pengenalan
kpd ilmu sejarah, kaedah penyelidikan & penulisan sejarah
|
ŸJelaskan konsep & teori
sejarah
ŸMenghurai kaedah penyelidikan
ŸMenunjukkan langkah-langkah
penulisan sejarah
|
ŸMemahami konsep & teori
sejarah
ŸMahirkan diri tatacara
penyelidikan sejarah
Kenal pasti langkah-langkah
penulisan sejarah
|
|||||||
2
|
19
Jan – 30 Jan
|
Penyediaan
Cadangan Penyelidikan
|
ŸMenerangkan cara menulis
tujuan esei ditulis
Ÿ Membimbing mengenal
pasti isu-isu yang dikaji
Ÿ Mengenal pasti rujukan yang
berkaitan dgn tajuk
Ÿ Tunjukkan contoh esei ilmiah
Ÿ Menerangkan keperlbagaian
kaedah penyelidikan sejarah
Ÿ Menerangkan pembahagian
struktur esei yang baik
Ÿ Menerangkan format menulis
bibliografi
|
ŸMemilih tajuk yang sesuai
Ÿ Menulis tujuan kajian
Ÿ Membina permasalahan kajian
Ÿ Mencari sorotan kajian
(kajian literatur)
Ÿ Menggunakan pelbagai kajian
penyelidikan sejarah
Ÿ Merangka struktur sesi
Ÿ Mengaplikasi teknik membuat
rumusan
Ÿ Mengaplikasi format
penulisan bibliografi
|
|||||||
3
|
01
Feb – 28 Mac
|
Menjalankan
kajian
|
Tidak
berkenaan
|
Ÿ Menjalankan penyelidikan
Ÿ Menyaring &
mengklasifikasi maklumat yg didapati
Ÿ Menulis esei
|
|||||||
Menjalankan kajian
|
|||||||||||
4
|
30Mac
– 11April
|
Penyerahan
tugasan
Tarikh Akhir: 31 MAC 2015
|
Ÿ Mengarahkan calon membuat
semakan terakhir esei
Ÿ Menerima kerja kursus
daripada calon
|
Ÿ Membuat semakan terakhir
kerja kursus
Ÿ Menghantar kerja kursus
kepada pemeriksa
|
|||||||
31/3/15
|
|||||||||||
Pembentangan
Tarikh: 01 – 11 April 2015
|
Ÿ Mengadakan sesi pembentangan
kerja kursus
Ÿ Membuat penilaian hasil
kerja kursus
Ÿ Menghantar markah kepada MPM
|
Ÿ Membuat pembentangan kerja
kursus
|
|||||||||
01/4/15
|
11/4/15
|
||||||||||
5
|
15
Apr – 13 Mei
|
Penghantaran
markah esei ilmiah kepada MPM
|
Menghantar
markah calon kepada MPM melalui perisian
e-submission.
|
Tidak
berkenaan
|
|||||||
15/4/13
|
13/5/15
|
||||||||||
6
|
15
April – 16 Mei
|
Penyelarasan
markah kerja kursus (penulisan ilmiah) oleh Ketua Penyelaras
Kebangsaan
(KPK)
|
Ÿ Menyediakan calon untuk
membentang esei ilmiah (calon
yang dipilih sahaja oleh KPK
Ÿ Menyediakan sampel esei
ilmiah calon yang dipilih oleh
KPK untuk tujuan penyelarasan markah |
Membentang
esei dan menjawab secara lisan beberapa soalan yang dikemukakan oleh
penyelaras dalam masa 10 – 15 minit pada tarikh dan masa yang ditetapkan
|
|||||||
15/4/15
|
|||||||||||
Hingga
|
|||||||||||
16/5/15
|
|||||||||||
7
|
17 Mei – 17 Okt 2016
|
Penyimpanan
evidens
|
Menyimpan
evidens
|
Tidak
berkenaan
|
Simpan eviden
|
Tema Kerja Kursus Tahun 2015:
Tema 1: Sejarah kehakiman dan perundangan
Tema 2: Sejarah Ketenteraan
Tema 3: Sejarah Pendidikan
Tema 4: Sejarah Sains dan teknologi
Tema 1: Sejarah kehakiman dan perundangan
Tema 2: Sejarah Ketenteraan
Tema 3: Sejarah Pendidikan
Tema 4: Sejarah Sains dan teknologi