Assallamualaikum w.b.t
Sebagai permulaan, kita sama-sama sedar bahawa kita sudah berada di penghujung 2009. Ada yang rasa terlalu cepat dan kalau boleh nak lambatkan putaran masa, tapi ada juga yang macam tidak sabar-sabar mahu meninggalkannya.
Apapun rasa hati kita, masa tetap akan berlalu. Tidak akan terhenti masa semata-mata kerana kita menginginkannya. Oleh itu, apa kata kalau kita renung-renung dulu likuan 2009 kita. Pasti akan ada pelbagai perasaan yang berbunga...kan? Itu lumrah. Ada perasaan menunjukkan kita manusia biasa, alhamdulillah.
Kemudian,setelah usai...bayangkan pula apa yang ada di hadapan kita (2010).Macam-macam rasa juga kan? tak apa...itu biasa. Setelah membuat kembara itu, tetapkanlah pula harapan kita...pastinya yang baik-baik saja...kan?Insyaallah.
Tanpa disedari kita sudahpun membuat azam tahun baru (jangan recycle yang lama...nanti tak seronok).
Kesudahannya...kita hadapilah sebagai cabaran hidup kita .Selamat Maju jaya.
No comments:
Post a Comment