Monday, September 6, 2010

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Sempena ketibaan Syawal, marilah kita bersama-sama berdoa mudah-mudahan kita diberikan kejayaan di dunia dan akhirat. Ramadan yang pernuh berkat hampir berlalu, mudah-mudahan kita mendapat kegembiraan kita nanti dan berharap agar kita diketemukan semula dalam Ramadan yang seterusnya.InsyaAllah.

Pada hari yang baik dan bulan yang baik ini, sudah menjadi resam sesama kita untuk saling bermaafan. Maka dengan penuh ikhlas dan rasa rendah diri, saya memohon ampun dan maaf, zahir dan batin...kalau-kalau selama ini ada yang terasa di hati, berbuku di rasa dan bermain di minda. Dalam usaha mendidik anak bangsa, kadang-kadang saya memang agak berterus terang. Begitu juga dalam tutur kata. Oleh yang demikian, pada kesempatan ini sekali lagi saya memohon kemaafan dari semua. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan saya sendiri.

Selamat Hari Raya, Maaf zahir dan batin.


More Selamat Hari Raya Aidilfitri Comments

1 comment:

Cikgu Aina said...

Berhari raya jangan sampai hilang arah sudah la...exam dah makin dekat. Beraya la seadanya semoga tidak ada penyesalan nantinya...