Baru-baru ini anak-anak didik saya dari kelas 6 bawah telah menduduki ujian topikal yang pertama. Ternyata kebanyakan daripada mereka masih belum menguasai cara menulis esei yang baik meskipun penerangan telah diberikan terlebih dahulu. Apa yang dihadapi oleh anak-anak murid saya mungkin turut dialami oleh pelajar-pelajar lain...Kan? :-) Tidak mengapalah, ini adalah first try. Sama-sama kita ambil iktibar dan perbaiki kelemahan esei masing-masing.
Esei itu juga dipanggil karangan. Maka soalannya, 'apa yang hendak dikarang'? Sudah tentulah sesuatu yang berkait dengan kehendak soalan. Apa yang ditanya, itulah yang dijawab. Kita boleh mengarang tentang satu-satu perkara itu setelah kita faham akan perkara atau cerita yang ditanyakan. Kejayaan menulis karangan atau esei itu terlebih dahulu bersumber daripada kefahaman pelajar terhadap perkara yang ditanya. Cukupkah setakat itu saja? Jawapannya...Tidak!!! Setelah kita berjaya membina kefahaman, kita mesti boleh menghurai atau berhujah. Bukan sekadar mengemukakan fakta saja, tetapi mestilah dihuraikan atau dihujahkan secara tertib dan jelas beserta bukti atau contoh yang betul. . Untuk kelancaran hujahan, pelajar perlu ada gaya bahasa yang baik dan meyakinkan. Hmmmmm...sukar? Tidak sebenarnya. Hal inilah yang dinyatakan dalam rubrik pemeriksaan skrip jawapan yang selalu disebut sebagai PTK. Pengetahuan, Taakulan/reasoning dan Komunikasi. Pelajar pasti tahu markah penuh untuk Pengetahuan ialah 8, mana kala untuk Taakulan dan Komunikasi masing-masing membawa 6 markah.
Berikut saya berikan sedikit catatan berkenaan menulis esei sejarah yang baik. Catatan ini bukanlah yang terbaik tetapi mungkin boleh membantu pelajar menambahbaik kemahiran menulis esei masing-masing.
_________________________________________________________________________________
Panduan Menulis Esei Sejarah yang
baik
Di sini dinyatakan satu panduan yang
sangat berguna pada calon Kertas Sejarah
STPM, agar esei yang ditulis menepati kehendak dari segi format
menjawab. Jawapan mestilah mengikut kehendak oleh soalan. Tuliskan sebanyak
mungkin isi yang dianggap mencukupi dan memenuhi kehendak soalan (biasanya 4-5
isi memadai tetapi perlu dihurai dan diberikan bukti). Jangan sesekali
tidak cuba menjawab. Gunakan kaedah pertanyaan 5W 1H untuk mencungkil idea.
Sentiasa wujudkan persoalan dalam kepala calon agar calon dapat menulis
jawapannya. Pastikan idea logik dan tersusun serta menepati kehendak
soalan. Esei sebaiknya lancar dibaca dan
mudah difahami. Bagi manampilkan kematangan berbahasa & berhujah, sebaiknya
menggunakan penanda wacana yang betul. Contoh :
Penanda
antara perenggan : Di samping itu, sementara itu, faktor seterusnya…
Penanda
contoh : Misalnya, sebagai contoh, contohnya…
Penanda
untuk huraian: Hal ini menyebabkan, jelaslah bahawa…
Penanda
untuk menutup isi : kesannya, akibatnya, akhirnya…
Penanda
untuk kesimpulan : Kesimpulannya ialah, konklusinya
Cara Menulis Esei Yang Baik:
A. CIRI-CIRI
PENDAHULUAN
1.
Ditulis pada perenggan Pertama
2. Bukan Kehendak Soalan/Isi
3. Pengertian Kepada Konsep (jika soalan TIDAK bertanyakan konsep dalam soalan)
4. Latar Belakang Kawasan/ Latar Belakang Kepada Tema/latar belakang kehendak soalan
2. Bukan Kehendak Soalan/Isi
3. Pengertian Kepada Konsep (jika soalan TIDAK bertanyakan konsep dalam soalan)
4. Latar Belakang Kawasan/ Latar Belakang Kepada Tema/latar belakang kehendak soalan
B. ISI:
Isi yang hendak ditulis mestilah mengandungi FHC iaitu Fakta + Huraian + Contoh
Isi yang hendak ditulis mestilah mengandungi FHC iaitu Fakta + Huraian + Contoh
FAKTA:
1. Bilangan fakta bergantung kepada kehendak soalan tu.
2. Satu soalan: biasanya perlu ada 4-5 fakta/isi (Jika ada lebih, tulis semua agar lebih selamat)
3. Jika lebih daripada satu bahagian: Perlu pertimbangkan kepentingan bahagian. (Contoh: Kalau soalan hendak konsep dan faktor, tentulah huraian faktor lebih banyak daripada konsep)
4. Fakta yang baik mempunyai huraian dan contoh
5. Setiap fakta ditulis dalam satu perenggan (gunakan penanda wacana di awal perenggan utk menunjukkkan kesinambungan antara perenggan)

HURAIAN:
1. Menjadi penerangan kepada fakta
2. Soalan yang boleh mendorong kepada huraian ialah mengapa/ kenapa/ bagaimana/ apakah implikasi/ kesannya (Kaedah 5W 1H)
3. Satu fakta memadai dengan 3-4 huraian
1. Menjadi penerangan kepada fakta
2. Soalan yang boleh mendorong kepada huraian ialah mengapa/ kenapa/ bagaimana/ apakah implikasi/ kesannya (Kaedah 5W 1H)
3. Satu fakta memadai dengan 3-4 huraian
CONTOH:
1. Merupakan bukti kepada fakta atau huraian
2. Soalan yang boleh mendorong mengemukakan contoh:
1. Merupakan bukti kepada fakta atau huraian
2. Soalan yang boleh mendorong mengemukakan contoh:
i.
Bila (tarikh, tahun, abad)
ii.
Siapa (nama, kaum,)
iii.
Di mana (tempat)
iv.
Banyak mana (kadar, bilangan)
v.
Apa ( peristiwa )
C. KESIMPULAN:
1. Apa sahaja yang berkaitan dengan kehendak soalan dan ditulis secara ringkas & padat
2. Tidak mengulangi pernyataan soalan
3. Tidak menyenaraikan/mengulang isi
1. Apa sahaja yang berkaitan dengan kehendak soalan dan ditulis secara ringkas & padat
2. Tidak mengulangi pernyataan soalan
3. Tidak menyenaraikan/mengulang isi
4. Bertujuan menyimpulkan
perbincangan
Peringatan:
Jangan
sesekali calon tidak menulis Pendahuluan dan Kesimpulan, kerana kedua-dua
bahagian ini diambil kira untuk aspek komunikasi.
·
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih…
·
Andai tangan kita yang mencencang, maka bahu kitalah yang
harus memikul…
·
Masa depan kita adalah apa yang kita usahakan, bukan sekadar
apa yang kita angan-angankan!!!
ALL
the BEST!
Cikgu Aina Jaafar
No comments:
Post a Comment