Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera...
Semalam, ada anak murid saya bertanya sama ada dia tindakannya meneruskan pengajian di tingkatan enam @ Pra-U itu betul? Maka saya memberitahunya bahawa keinginan untuk berjaya itu mestilah terlebih dulu ada dalam diri, selepas itu berusaha bersungguh-sungguh, jangan lupa berdoa dan akhirnya bertawakal lah. Insyaallah pasti akan berjaya walau di manapun anda melanjutkan pengajian.
Tingkatan enam ataupun kini disebut Prauniversiti, merupakan salah satu laluan kepada pelajar-pelajar lepasan SPM untuk menjejak kaki ke menara gading. Bagaimanapun ianya seringkali tidak menjadi pilihan utama pelajar (malahan seringkali menjadi pilihan terakhir setelah tidak ada pilihan lain). Kepada pelajar-pelajar yang berpeluang melajutkan pengajian ke mana-mana institusi selain Pra-U, alhamdulillah. Berusahalah meneruskan kecemerlangan anda. Kepada pelajar yang melangkah kaki ke pusat pra-U, alhamdulillah...tahniah. Anda masih berpeluang meneruskan pengajian ke menara gading! It's not the end of the world right? Ramai yang berjaya selepas STPM. Saya sendiri juga lepasan STPM...So? Cheer up :-)
Ingin saya kongsikan sesuatu untuk siapa-siapa saja yang bertanya tentang betul atau tidak tindakan anda memasuki tingkatan enam. Untuk berjaya dalam pelajaran atau pengajian khususnya di peringkat tinggi, anda mesti memiliki disiplin juga semangat dan keinginan yang tinggi untuk cemerlang. Proses belajar bermula dari diri anda sendiri! Seawal kuliah yang disampaikan, kemudiannya usaha anda untuk mencari maklumat tambahan, seterusnya meneliti, menganalisis dan mengulangkaji semua maklumat tersebut A.S.A.P . Anda perlu membuat itu semua agar anda lebih faham dan menguasai apa yang anda pelajari. Tidak kira di mana anda belajar, proses itu tetap sama bukan?
Maka jadilah seorang pelajar yang lebih bertanggung jawab khususnya terhadap diri anda sendiri. Andalah yang bertanggung jawab untuk menguasai segala ilmu teras atau asas-asas subjek anda. Percayakah anda bahawa segala yang anda tidak fahami akan kekal tidak difahami sehinggalah anda berbuat sesuatu untuk memahaminya. Faham? ;-) Ketidakfahaman anda akan mewujudkan ruang lompang yang akan menjejaskan proses memahami ilmu atau pelajaran yang berikutnya. Ramai pelajar yang berasa kesal semasa menghadapi peperiksaan dan memberikan komen dalam hati "kalaulah aku belajar betul-betul dulu..." Kan??
Oleh itu, pastikan anda benar-benar amanah dan bertanggung jawab dalam memahami subjek-subjek yang anda ambil dengan sebenar-benarnya. Ingatlah bahawa anda mempunyai misi yang ingin dicapai. Jangan biarkan diri anda dipengaruhi oleh kawan dan kenalan ke arah yang tidak betul. Apa pun halangan yang anda hadapi, anda mesti terus berjuang demi kejayaan yang diidamkan. Saya selalu berpesan kepada anak-anak murid saya agar meletakkan keutamaan / prioriti untuk diri dalam usaha mencapai matlamat mereka. Dalam konteks sebagai pelajar, memahami dan menguasai pelajaran/subjek anda itu adalah keutamaan anda. Tidak ada jalan pintas untuk untuk menguasai ilmu, maka belajarlah. Mengulangkajilah dan jangan bertanggung kerja. Anda perlu membuat bacaan awal sebelum kuliah, memberi tumpuan semasa kuliah dan mengulangkaji selepas kuliah...berulang-ulang kali. Jadikan rutin, itulah petua kejayaan yang sebenarnya.
Pepatah Arab ada mengatakan bahawa "orang yang tidak berdiri sekarang tidak akan boleh duduk kemudian". Maksudnya sesiapa yang tidak bekerja keras pada masa mudanya, tidak boleh menjalani kehidupan yang senang pada masa tua. Apa sahaja kesenangan dan kejayaan dalam hidup ini perlu kita bayar. Gred yang baik telah lebih dulu kita bayar dengan bersengkang mata sehingga larut malam, kerja keras dan berhempas pulas bukan saja dengan peluh tapi juga tenaga, masa dan airmata.
Bertekadlah untuk berjaya 'Lillahita'ala'...mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan dan mendapat kejayaan yang diidam-idamkan. Insyaallah.
1 comment:
Lucky 7 Casino - JT Hub
Lucky 청주 출장마사지 7 Casino. Find information about Lucky 7 Casino in the following places:: · Hotel and 울산광역 출장샵 Casino. Casino: · 충청북도 출장안마 Casino in St 전라북도 출장안마 Louis Rating: 3 · 7 votes · Price range: 밀양 출장샵 $
Post a Comment